Wednesday, April 3, 2013

   Polimer Semula Jadi 
1.
Polimer ialah bahan kimia yang mempunyai molekul berantai panjang. Rantai panjang molekul polimer ini dibina apabila beribu-ribu molekul kecil bergabung antara satu sama lain. Molekul kecil ini adalah unit ulangan yang dinamai monomer.

2.
Polimer semula jadi ialah bahan kimia yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Karbohidrat, protein, dan getah asli adalah contoh polimer asli yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan.
  
B. Karbohidrat
1.
Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

2.
Glukosa ialah monomer bagi karbohidrat. Glukosa disintesis oleh tumbuhan hijau semasa proses fotosintesis.  Glukosa ialah sejenis gula ringkas. Tumbuh-tumbuhan menyimpan glukosa sebagai karbohidrat yang dinamai kanji dalam bijirin seperti beras jagung, barli dan sebagainya.
  
C.        Protein
1.
Protein ialah polimer semula jadi yang terdapat pada tumbuhan dan haiwan.
2.
Protein terdapat pada tumbuhan jenis kekacang seperti kacang soya.

3.
Pada haiwan, protein membentuk tisu seperti otot, rambut, enzim dan hormon.

4.
Asid amino adalah monomer bagi protein. Rajah di atas menunjukkan formula struktur am bagi asid amino. Kumpulan  –R dalam molekul asid amino menentukan jenis asid amino itu. Terdapat lebih daripada 20 jenis asid amino yang boleh membina berbagai polimer protein.
5.
Asid amino bergabung antara satu sama lain untuk membentuk suatu rantai panjang melalui tindak balas pempolimeran kondensasi di mana satu molekul air akan disingkirkan.
 
 
D.        Getah asli
1.
Getah asli ialah polimer semula jadi yang dihasilkan oleh pokok getah.

2.
Monomer bagi getah asli ialah metilbut-1,3-diena atau isoprena.

3.
Beribu-ribu unit isoprena bergabung untuk membentuk satu rantai panjang melalui tindak balas pempolimeran penambahan tanpa penyingkiran sebarang molekul. Perhatikan rajah. Dalam molekul polimer getah asli terdapat ikatan ganda dua. Ikatan ganda dua ini mempengaruhi sifat-sifat getah asli.

No comments:

Post a Comment